Pages

Monday 21 September 2015

Cara-cara Menukar File PDF ke Word

Kalau dulu saya menulis entry tentang Cara-cara Menukar File Word ke PDF, namun sekarang saya ingin menulis tentang perkara sebaliknya iaitu menukar file PDF kepada Word (Microsoft Office). Ada dua alternatif kepada proses menukar file PDF kepada Word ni. Pertamanya kita boleh lakukan secara Online di Zamzar atau KoolWire dengan hanya memasukkan file apa yang ingin ditukar.
Zamzar dan KoolWire juga menyediakan pelbagai format penukaran file seperti file video, audio,image,e-book dan lain-lain.
Bagi yang suka menggunakan software pula seperti saya, penyelesaian terbaik bagi menukar file PDF kepada file Word ialah dengan menggunakan SomePDF to Word Converter. Cara penggunaannya sangat mudah seperti menukar file Word kepada PDF dahulu. Tambahan pula, kita boleh menukar banyak file pada satu-satu masa.
Selain itu, pelbagai perisian ditawarkan bagi penukaran PDF ke Image, Text, HTML atau menukar text ke PDF boleh didapati disini. Download sahaja sebab ianya freeware.

No comments: