So saya tunjuk cara-cara nak buat watermark stamp ni atau saya panggil cop mohor..hehehe!!
Tutorial : Hilangkan jerawat dan kedut dgn PHOTOSHOP
Ni cop mohor saya
Korang nak buat jugak ke stamp watermark ni?..mari belajar cara caranya
Langkah 1.
Buka new layer dalam photoshop (saya guna CS3).
Pastikan anda pilih Transparent pada background content tu.
Langkah 2.
Pilih ellipse tool shape untuk create circle . Pilih Path dan buat bulatan.
Langkah 3
Pilih Text tool dan gerak cursor ke luar kawasan imej bulatan tadi sampai nampak satu cursor lain yang berpalang , klik di situ dan boleh mula menaip.
Langkah 4 .
Edit text mengikut kreativiti anda. Gunakan Ctrl T atau blending option dan buat adjusment size font sendiri.
Langkah 6
Save imej ni sebagai Save for web …dan bukannya jpg atau lain2 format.
Akan keluar macam dalam imej atas ni, pilih PNG-24 dan save dalam komputer, pastikan anda ingat di mana anda simpan nanti senang nak cari.
Cara paste gambar/imej pada bulatan .
Nak letak imej , gambar dalam bulatan tu?
Imej mesti di paste kan atas background transparent (mcm dalam langkah 1) dan save as web. Lepas tu buka imej tadi dan copy paste pada bulatan tu.
Ok habis. Gunakan le watermark stamp ni dengan paste kan pada gambar , guna le photoshop atau photoscape macam biasa.
Tak paham leh tanya lagi …Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment