Pages

Monday 16 November 2015

Template Percuma - Carribean Blue



Assalamualaikum. Hai korang semua. Harini aku baik hati nak bagi template percuma. Cewah, padahal template Picture Window yang Blogger provide, cuma aku telah ubah macam template aku sekarang ni. Disebabkan ramai yang dok tanya kenapa header aku boleh bersambung dengan body content blog, kenapa picture window aku tak transparent, kenapa bila dorang buat, tak menjadi header bersambung, aku pon dah naik pening sebab aku bukan 24 jam dok mengadap blog ni. Banyak perkara penting aku nak siapkan. So, setelah aku fikir-fiir, baik aku bagi je template ni kat korang. Lagipon template ni Blogger yang punya. Bukan hakcipta aku pon, cuma di'edit' sikit-sikit oleh aku. Kalau korang nak pakai, boleh la ubah-ubah mana yang patut. Yang background title post dan sidebar semua korang boleh ubah sendiri. Even blockqoute pon korang ubah la. Baik tak aku. Sebabnya kadang-kadang aku tak terlayan pertanyaan dan amarah blogger lain terhadap aku sebab dorang nye header bersambung tak menjadi. So, meh aku bagi template aku. Blockqoute, headings, backToTop, semua aku dah provide Yang PENTING, jangan taruh border untuk main background okey, nanti tak lawa.


Ni nama nye template Carribean Blue.
Untuk download template, CLICK SINI.
Untuk lihat dan preview, sila CLICK SINI.
Width/lebar main body adalah 1000px dan lebar sidebar adalah 300px. Boleh diedit menggunakan template designer, korang boleh adjust lebar di situ okey.

Haha, mana yang nak buat header bersambung macam aku, nak Picture Window macam aku, boleh la amik/download template ni dan edit ikut suka hati korang.
 

No comments: